ADUN kecewa dakwa agihan vaksin di Sabah tidak adil

Gambar hiasan - Foto Bernama, gambar kecil: Jafry
Gambar hiasan - Foto Bernama, gambar kecil: Jafry
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Pusat didakwa tidak adil dalam pengagihan vaksin Covid-19 di Sabah dengan jumlah populasi penduduk di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin kecewa kerana daripada 2,758,400 penduduk yang layak divaksin masih ramai yang belum menerima janji temu mereka sekali gus memperlihatkan sistem pengurusan yang lemah.

Menurutnya, hanya melalui proses vaksinasi mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi di negeri itu

"Kerajaan digesa mempercepatkan bekalan vaksin dan lebih telus berhubung perkara itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, kebergantungan ekonomi Sabah terhadap sektor pelancongan adalah tinggi namun untuk membuka semula sektor pelancongan perlu mencapai sekurang kurangnya 60 peratus rakyat di Sabah divaksin.

"Sekiranya imuniti berkelompok mampu dicapai menjelang Oktober depan, pastinya pelancongan domestik boleh membangun semula dengan pantas diikuti pembukaan sempadan negara sekali gus menerima kedatangan pelancong antarabangsa," katanya.

Sabah merupakan satu-satunya negeri yang jauh ketinggalan dalam pemberian vaksin Covid-19 berbanding negeri lain.

Sehingga 17 Julai lalu, pencapaian pemberian dos vaksin bagi Sabah hanya 13.0 peratus yang melibatkan 358, 592 orang.

Artikel Berkaitan:

Bagi mencapai 40 peratus daripada populasi layak divaksinasi, maka unjuran baki bekalan vaksin ke Sabah bagi Julai sehingga pertengahan Ogos yang mesti diterima adalah sebanyak minimum 1,489,536 dos.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!