5,594 kenderaan diarah berpatah balik di SJR

Keadaan lebuh raya yang sesak berikutan sekatan jalan raya (SJR) dan pemeriksaan teliti oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika tinjauan cuti umum sambutan Aidiladha di Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, jumlah kenderaan itu adalah daripada 456,019 kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara semalam.

“Selain itu, sebanyak 355 kompaun turut dikeluarkan di SJR kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama pada Selasa.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan petugas keselamatan negara bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran sempena sambutan perayaan Aidiladha.

Kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu atau Dua PPN. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!