Mayat pemandu lori arang batu ditemui

Mayat Shahrul Nizwan telah ditemui. - Ihsan APMM
Mayat Shahrul Nizwan telah ditemui. - Ihsan APMM
A
A
A

PORT DICKSON - Selepas lebih 24 jam hilang, mayat pemandu lori arang batu yang dikhuatiri lemas di Jeti Jimah Power Plant di sini telah ditemui di sekitar 1.4 batu nautika dari muara Sungai Sepang pada jam 4 petang Selasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mayat Sharul Nizwan Said, 33, ditemui lengkap berpakaian oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

"Pengurus tapak Jimah Power Plant, Sanisah Ibrahim telah mengesahkan mayat mangsa yang kemudiannya telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

"Sehubungan itu, operasi SAR mangsa telah ditamatkan jam 5 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan lori dipandu Sharul Nizwan dipercayai terjunam ke dalam laut jam 1.30 pagi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan sisa arang batu di Jeti Coal Unloading Edra Energy Jimah Power Plant Bukit Pelanduk.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Susah lelap seolah ada gangguan sebelum diberitahu anak hilang'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!