Najib ramal PRK Semenyih dibatalkan?

Paparan skrin kenyataan ditulis Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
Paparan skrin kenyataan ditulis Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meramalkan terdapat kemungkinan PRK DUN Semenyih akan diadakan semula jika PH memenangi pilihan raya tersebut ekoran pemberian hamper dan khidmat membaik pulih rumah kepada pengundi.

Dakwa Najib, terdapat kemungkinan besar mahkamah akan membatalkan pilihan raya tersebut kerana dua menteri PH telah mengaku melakukan perbuatan tersebut yang menyalahi undang-undang pilihan raya.

"Oleh itu, ianya lebih baik jika pengundi di Semenyih tidak memberi undi kepada PH pada Sabtu ini. Silap-silap PH menang, lalu keputusan dibatalkan dan kita perlu menjalankan semula PRK di sana lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hamper dan surat baik pulih rumah, SPR perlu ambil tindakan'

"Nanti masa rakyat dan dana kerajaan berjuta-juta untuk PRK semula terpaksa dihabiskan lagi. Negara kita sudah ada banyak PRK selepas PRU14. Kita tak perlukan satu lagi PRK ke atas PRK Semenyih," tulisnya menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Jelas Najib, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengesahkan bahawa perbuatan tersebut sempena kempen PRK DUN Semenyih adalah satu kesalahan dan boleh dijadikan bukti di mahkamah.

"SPR juga tegaskan bahawa perkara itu boleh dijadikan alasan ataupun bukti oleh pihak yang tewas untuk mencabar keputusan PRK. Tahun lepas, kemenangan BN di Cameron Highland digugurkan kerana didakwa memberi rasuah kepada pengundi. Akibat itu, PRK di Cameron Highlands perlu diadakan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!