Jamuan Aidiladha, 30 warga asing ditahan
Seramai 30 warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan polis kerana menghadiri jamuan makan sempena Aidiladha di Taman Selayang Utama.
A
A
A
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati sebahagian besar daripada warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat tempoh.
“Mereka terdiri 29 lelaki dan masing-masing seorang perempuan warga asing serta tempatan yang berumur di antara 20 hingga 40 tahun.
“Daripada 30 warga asing ini hanya empat orang mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala enam memiliki PLKS yang telah tamat tempoh dan 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa
Dalam pada itu, Zainal berkata, kesemua warga asing tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada 21 Julai untuk permohonan reman manakala wanita tempatan terbabit dikenakan kompaun RM4,000.
Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) 2021 kerana perbuatan cuai yang boleh menyebabkan penularan penyakit yang berbahaya.
"Kes ini juga turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 di atas kesalahan tidak memiliki permit yang sah untuk tinggal di Malaysia serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!