Atlet Uganda hilang dari kem latihan akhirnya ditemui

Julius Ssekitoleko
Julius Ssekitoleko
A
A
A

ATLET angkat berat Uganda, Julius Ssekitoleko yang dilaporkan hilang dari kem latihan Sukan Olimpik Tokyo 2020 Jumaat lalu ditemui di bandar Yokkaichi, kira-kira 160 kilometer dari Tokyo.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Uganda (UOC), Beatrice Ayikoru mengesahkan perkara itu berkata, atlet berusia 20 tahun tersebut kini sedang disiasat pihak berkuasa Jepun.

“Ssekitoleko sudah berjaya dikesan dan kini bersama pihak berkuasa di sebuah pejabat di Izumisano. Kami sedang berkerja sama dengan kedutaan kami di Tokyo untuk memastikan dia akan pulang dengan selamat ke Uganda,” katanya.

Terdapat laporan mendakwa atlet yang mewakili negaranya pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 sebelum kejadian meninggalkan barangan dan nota menyatakan yang dia tidak mahu pulang ke Uganda sebaliknya mahu tinggal serta bekerja di Jepun.

Ssekitoleko sebelum ini dilaporkan akan dihantar pulang ke Uganda selepas gagal menepati standard Tokyo 2020 yang ditetapkan dalam ranking antarabangsa selepas tiba di Jepun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!