Suami, isteri nyaris maut kereta masuk parit

Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan salah seorang mangsa dalam nahas di Jalan Parit Buaya, Muar pada tengah hari Rabu.
Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan salah seorang mangsa dalam nahas di Jalan Parit Buaya, Muar pada tengah hari Rabu.
A
A
A

MUAR- Pasangan suami, isteri warga emas nyaris maut apabila kenderaan mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Parit Buaya, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba Shahrizal Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.43 tengah hari, sebelum 14 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita dapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz, yang dinaiki pasangan warga emas berusia 64 tahun berkenaan.

"Pihak kami dimaklumkan kereta itu dari arah Jalan Parit Buaya menghala ke Bandar Muar, namun telah terbabas dan terjunam ke dalam parit. Bagaimanapun, salah seorang mangsa iaitu pemandu lelaki berjaya keluar dari kenderaan.

"Isterinya yang juga orang kurang upaya (OKU) masih berada di dalam kereta semasa pihak bomba tiba di lokasi. Bomba kemudiannya bertindak menggunakan pengusung untuk mengeluarkan dan mengangkat mangsa lalu menyerahkan kepada pihak kesihatan untuk di hantar ke Hospital Muar bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, pemandu lelaki berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala isterinya cedera ringan di kaki.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 1.03 tengah hari setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!