Pendaftaran vaksin kanak-kanak, remaja dibuka
PUTRAJAYA- Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.
Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.
Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.
"Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19," katanya.
Tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.
Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!