Jangan lakukan pembakaran terbuka
PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan mudah terbakar.
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, data Jabatan Akan Sekitar (JAS) menunjukkan banyak kes pembakaran terbuka berlaku di kawasan pelupusan sampah sarap, kebun tanaman, tapak pembinaan dan industri.
"Malaysia berada pada fasa Monsun Barat Daya sehingga September depan.
"Taburan hujan akan berkurang dan pembakaran terbuka berpotensi menyebabkan jerebu," katanya menerusi Twitter pada Rabu.
Menerusi ciapannya, Tuan Ibrahim berkata, melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A (2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Ia memperuntukkan kompaun sehingga RM2,000 bagi setiap kesalahan, denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mudah dan sering terbakar. Data JAS menunjukkan banyak kes pembakaran terbuka berlaku di kawasan pelupusan sampah sarap, kebun tanaman, tapak pembinaan dan industri. pic.twitter.com/Vw3KOsERis
— Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) July 21, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!