Kunjungan nenek bergejala cetus kluster
PUTRAJAYA - Akibat melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dalam keadaan bergejala, seorang nenek berusia 75 tahun telah mencetuskan kluster komuniti di Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, warga emas yang merupakan kes indeks dikesan mula bergejala pada 7 Julai.
"Aktiviti kunjung-mengunjung pula berlaku pada 13 Julai," katanya pada Rabu.
Menurutnya, wanita berkenaan disahkan positif pada 20 Julai hasil saringan individu bergejala.
"Seramai 12 individu turut dijangkiti wabak itu termasuk tiga kes dilapor pada hari ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!