Anak Felda bina legasi Fillea

Mas Haryati bersama suaminya dalam slot Assalamualaikum di TV Alhijrah pada Mei 2020.
Mas Haryati bersama suaminya dalam slot Assalamualaikum di TV Alhijrah pada Mei 2020.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) juga mampu melakar kejayaan dan kecemerlangan hasil keringat mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Mas Haryati Baharudin, 29, yang merupakan anak jati Felda Raja Alias 1, Jempol, Negeri Sembilan berjaya menjadi usahawan apabila membina legasi sendiri dengan menubuhkan syarikat Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) yang mengeluarkan produk berjenama Fillea.

Beliau bukan keseorangan kerana turut dibantu suami, Muhammad Faizal Mohd Zazali, 32, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat berkenaan.

Mas Haryati Baharudin
Mas Haryati Baharudin

Anak bongsu daripada enam adik-beradik itu berkata, Fillea Health and Beauty mula ditubuhkan pada tahun 2019.

Mengulas mengenai produk di bawah jenama Fillea, beliau berkata, ia lebih memfokuskan kepada produk ‘supplement’ yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.

“Dahulu, saya sendiri pun gemuk dan sebelum mengandung berat badan saya mencecah 61 kilogram (kg). Saya mencuba dan mencari satu produk atau ‘supplement’ yang membuatkan kita jadi cepat kenyang, malah mengurangkan masalah keluar masuk ke tandas.

“Berdasarkan kajian, produk yang membuatkan seseorang membuang dengan kerap bukanlah lemak, itu hanya hampas makanan. Kalau kita membuang menerusi air kencing, keringat ataupun peluh itu adalah proses pembakaran lemak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdapat empat bahan utama dalam produk Fillea antaranya african mango, raspberry ketone khas untuk pencernaan, garcinia cambogia yang mana memboleh seseorang rasa cepat kenyang dan vitamin C.

Menurut Mas Haryati, dalam masa dua minggu, seseorang itu mampu menurunkan berat badan minimum 4 kilogram (kg).

“Namun, ada juga individu yang boleh merasakan perubahan dalam masa tiga hari yang mana badan rasa ringan dan selesa.

“Selain memiliki berat badan yang ideal, ada juga individu mendapat kesan positif yang lain seperti kulit ‘flawless’ dan rambut lebat. Ini kerana vitamin C bertindak mengikut tubuh badan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, pengambilan ‘supplement’ Fillea sesuai untuk individu berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak mempunyai gejala penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

“Kalau boleh ada penyakit-penyakit tersebut, tidak digalakkan untuk mengambil produk ini,” katanya.

Sasar jualan RM5 juta

Ketika ditanya mengenai sasaran jualan sepanjang tempoh pendemik Covid-19, Mas Haryati berkata, pihaknya menyasarkan RM5 juta dengan lebih 10,000 pengguna.

Menurutnya, syarikat juga mahu membantu lebih 1,000 suri rumah menjana pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan dengan hanya menggunakan platform Fillea.

“Setakat ini, kita telah berjaya mewujudkan lebih 900 ejen dan dropship Fillea di seluruh negara. Kebanyakan daripada mereka adalah suri rumah lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.

“Malah ada yang sanggup berhenti kerja untuk menjadi ejen sepenuh masa kerana percaya dengan produk Fillea,” katanya.

Produk Fillea
Produk Fillea

Dalam dunia perniagaan, sudah pastinya usahawan bakal berdepan dengan masalah dan cabaran.

Begitulah yang dihadapi Mas Haryati terutama apabila pandemik Covid-19 melanda sejak tahu lalu.

Ujar beliau, cabaran yang sering dihadapi syarikatnya adalah masalah stok produk yang sering tergendala.

“Bila ada permintaan yang tinggi daripada pelanggan, kita tak boleh mengeluarkan lebih banyak stok kerana mempunyai kapasiti tertentu.

“Cabaran lain ialah saya pernah berhadapan ejen yang melarikan diri. Tapi benda ini saya anggap biasa sahaja kerana saya pernah alami masalah yang lebih teruk dari sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan khususnya bagi memastikan pemasaran produk berjalan dengan konsisten dan terurus, selain memastikan syarikat bertahan lebih lama.

“Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok adalah medium utama untuk memasarkan produk Fillea. Kita juga banyak mengiklankan produk di media elektronik antaranya TV3, TV1 dan Al-Hijrah. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi jenama Fillea sekali gus membuktikan bahawa jenama ini mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

“Selain itu, kami merancang berkolaboratif dengan artis tempatan bagi memastikan jenama ini mendapat permintaan tinggi malah dipercayai ramai,” katanya.Produk jenama Fillea ini bukan sahaja mengeluarkan ‘supplement’, malah turut memasarkan ‘bodycurve’ bengkung dan juga ‘bodyfit girdle’.

Dari segi pasaran pula, setakat ini produk Fillea telah berjaya menembusi pasaran luar negara iaitu Singapura dan Indonesia.

Fillea GALA Dinner March 2021 meraikan pencapaian ejen dan stokis pada tahun 2020.
Fillea GALA Dinner March 2021 meraikan pencapaian ejen dan stokis pada tahun 2020.

“Kami mempunyai ejen dan stokis dekat sana. Insya-ALLAH, kita cuba pula ke Brunei dan beberapa negara di dalam Asia,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaan sehingga mampu ke tahap sekarang ialah beliau sentiasa berpegang dengan prinsip tidak pernah putus asa..

“Apa yang saya dan suami buat ialah fokus kepada penyelesaiaan masalah. Sebagai ketua, kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja kerana mahu melahirkan suasana selesa antara pekerja dan majikan,” katanya.

INFO

Laman web: https://web.facebook.com/filleahq.official

Facebook: @filleahq.official

Instagram: @filleahq.my

Hotline: 019-201 6659

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!