Jumlah pemberian vaksin lebih 15 juta dos setakat Rabu

Penerima vaksin Covid-19 merakamkan gambar kenangan selepas menerima suntikan vaksin ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Penerima vaksin Covid-19 merakamkan gambar kenangan selepas menerima suntikan vaksin ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat Rabu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga jam 11.59 malam Rabu, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua.

No Image Caption

“Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,932,981 iaitu 15.1 peratus, populasi rakyat negara ini,” katanya.

Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 68 peratus, diikuti Sarawak (49.4 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (22.7 peratus) dan Negeri Sembilan (21.8 peratus). - Bernama

No Image Caption

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 21 Julai 2021 ialah 15,517,866 dos.

446,052 dos pada 21 Julai.

Artikel Berkaitan:

Jumlah yg terima dos pertama ialah 10,584,885 orang. Daripada jumlah itu, 4,932,981 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemuapic.twitter.com/zA9nbO6EcZ

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 22, 2021

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!