Buruh didakwa cabul anak tiri
KUALA TERENGGANU- Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, atas 2 pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya berusia 9 setahun.
Tertuduh yang berumur 46 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa dengan cara menyentuh kemaluannya, di sebuah rumah di daerah ini pada 5 Februari lalu, kira-kira jam 8.30 malam.
Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa dengan cara memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.
Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16, akta yang sama bagi kedua-dua pertuduhan.
Sebaik pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah kemudiannya menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam manakala mahkamah turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!