Guinea tarik diri sertai Olimpik Tokyo
MOSCOW - Guinea memutuskan untuk tidak menghantar atletnya ke Olimpik Tokyo berikutan pandemik Covid-19, lapor agensi berita Rusia (TASS) memetik AFP.
Guinea pada awalnya akan menghantar lima atlet.
"Berikutan peningkatan jangkitan Covid-19, kerajaan dengan rasa dukacita terpaksa membatalkan penyertaan Guinea dalam Olimpik Tokyo kerana bimbang keselamatan atlet," kata Menteri Sukan Guinea. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!