ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew

Ebit Lew ketika memberi sumbangan kepada keluarga di Gaza. Foto:FB Ebit Lew
Ebit Lew ketika memberi sumbangan kepada keluarga di Gaza. Foto:FB Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR- Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengatakan beliau menyukarkan usaha pihak lain untuk masuk ke Gaza selepas misi kemanusiaannya baru-baru ini, sebagai satu fitnah besar yang melampau.

Dalam satu sesi soal jawab secara maya hari ini, Ebit berkata, apa yang terjadi adalah sebaliknya kerana kerjasama dan usaha yang dilakukan antara kerajaan Malaysia dan Mesir, akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak lain yang berhasrat masuk ke Gaza selepas ini.

"Saya dituduh menggunakan khidmat syarikat bernama Hala, sedangkan saya tak tahu dan tak pernah dengar pun tentang syarikat itu. Kejayaan kami masuk ke Gaza adalah kerana kerjasama baik dan usaha daripada pihak kerajaan dan kedutaan di bawah Datuk Seri Hishamuddin Hussein, serta kerajaan Mesir.

"Saya sendiri tak sangka, memang ia satu keajaiban. Pada mulanya kami mahu guna khidmat Mile of Smiles, kami diminta bayar RM40,000 satu kepala. Jumlah yang tinggi, jadi saya cakap, tak mengapalah, kalau dapat saya seorang masuk pun sudah cukup baik.

"Tetapi selepas diberikan nama untuk urusan masuk, masih gagal dapat kelulusan. Kami tak putus asa, pasukan saya setiap hari tak tidur, solat hajat dan berdoa, saya yakin Allah akan bantu.

"Nak masuk ke Gaza kena ada dua kelulusan, satu daripada kerajaan Mesir dan satu lagi kelulusan tentera. Dan selalunya nak dapat kelulusan kerajaan Mesir itu yang susah. Tetapi macam saya cakap, Allah bantu, memang satu keajaiban, kedutaan hantar dokumen kepada kerajaan Mesir dan ia diluluskan.

"Segala puji bagi Allah, kami kemudiannya dapat bantuan daripada ejen perisikan tentera Mesir untuk ke Gaza. Kami ke sana dengan sebuah agensi, Lucky Tour. Kalau dengan Mile of Smiles kami kena bayar RM40,000, tetapi dengan agensi ini kami bayar RM10,000 sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew

Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew


'Saya telah difitnah' - Ebit Lew

Tambah Ebit, dengan kerjasama yang baik antara kerajaan Malaysia dan Mesir, serta pembabitan agensi seperti Lucky Tour, ia membuka jalan yang lebih mudah untuk rakyat Malaysia yang mahu menjalankan misi bantuan di Gaza.

Artikel Berkaitan:

"Proses ini jadi mudah sebab kami dapat bantuan yang sangat baik daripada pihak kedutaan Malaysia. Saya anggap ini rezeki kerana Allah permudahkan urusan kami.

"Tak ada bayar lebih daripada yang sepatutnya, apa lagi menyusahkan misi orang lain selepas ini. Itu fitnah besar," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Ebit juga menafikan dakwaan beliau menggunakan duit rakyat Malaysia untuk memudahkan perjalanannya di sana.

"Saya tak pernah buka tabung untuk Gaza. Saya ke sana dengan duit sendiri, ditambah dengan bantuan sahabat-sahabat baik yang tak mahu nama mereka disebutkan.

"Jadi saya tak rasa ada keperluan untuk saya ceritakan dengan terperinci apa yang saya buat dengan duit itu, kerana itu duit saya," katanya lagi.- Sumber Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!