Zoo Melaka perlukan kontena simpan makanan

Shadan (kanan) menunjukkan kontena makanan sedia ada di Zoo Melaka yang tidak dapat menampung bekalan banyak.
Shadan (kanan) menunjukkan kontena makanan sedia ada di Zoo Melaka yang tidak dapat menampung bekalan banyak.
A
A
A

MELAKA - Zoo Melaka memerlukan kontena sejuk beku bernilai RM30,000 untuk penyimpanan makanan haiwan bagi memastikan bekalan di pusat konservasi itu tahan lama.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, kontena itu penting bagi menyimpankan makanan memandangkan sehingga kini mereka tidak putus-putus menerima sumbangan makanan.

"Walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19 kerana tidak dapat beroperasi buat sementara waktu, namun kita masih menerima bantuan makanan.

"Sebenarnya banyak pihak tampil menyalurkan sumbangan makanan namun kita terpaksa menolak sementara kerana kemudahan tempat penyimpanan yang tidak mencukupi," katanya ketika sidang akhbar di Zoo Melaka, di sini pada Khamis.

Shadan berkata, dengan adanya kontena sejuk beku itu pihaknya boleh menerima lebih banyak sumbangan dan berkongsi bekalan makanan dengan pusat konservasi haiwan lain di negeri ini seperti A'famosa Safari Wonderland.

Ujanya, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 hingga kini, Zoo Melaka hanya dapat beroperasi enam bulan namun memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk menampung kos keseluruhan operasi termasuk perbelanjaan lebih 100 spesis haiwan yang terdapat di zoo itu.

Katanya, menerusi langkah penjimatan yang dilaksanakan termasuk sumbangan orang ramai kepada Zoo Melaka, pihaknya mampu menanggung kos operasi kira-kira RM600,000 sebulan.

"Malah program pendidikan Zoo2U secara dalam talian bermula bulan ini turut mendapat sambutan mengalakkan dengan lebih 1.2 juta tontonan sepanjang empat kali diadakan.

Artikel Berkaitan:

"Melalui siaran langsung di media sosial, Facebook itu kita dapat menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak sekali gus menarik mereka untuk menyumbang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!