Cuaca panas: Air bersih jadi payau

 Loji rawatan air Kuala Terengganu. Gambar kecil: Atemin
Loji rawatan air Kuala Terengganu. Gambar kecil: Atemin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka akan turut menjejaskan sebahagian pengguna di Terengganu, apabila kualiti air bersih akan menjadi payau.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu), Ir Atemin Sulong berkata, keadaan itu berpunca daripada air laut yang mengalir masuk jauh ke pedalaman setiap kali fenomena air pasang besar berlaku, yang menyebabkan air sungai menjadi payau.

Menurutnya, masalah itu dijangka melibatkan kira-kira 30,000 akaun pengguna air di Kuala Terengganu.

"Kita jangkakan masalah ini akan berterusan sehingga Julai depan, antara kawasan yang dijangka terlibat adalah bandar Kuala Terengganu, Losong, Kuala Ibai, Pulau Rusa, Batu Burok dan Chendering.

"Pada waktu ini, walaupun air ada terasa masin sedikit, ia masih lagi tidak menjejaskan kesihatan. Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dari semasa ke semasa bagi memantau perkembangan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!