21 banduan terbunuh, puluhan cedera rusuhan di penjara Ecuador

Anggota pasukan keselamatan mengambil kedudukan di luar penjara semasa rusuhan di Guayaquil, Ecuador pada Februari lepas. - Gambar fail Reuters
Anggota pasukan keselamatan mengambil kedudukan di luar penjara semasa rusuhan di Guayaquil, Ecuador pada Februari lepas. - Gambar fail Reuters
A
A
A

QUITO - Sekurang-kurangnya 21 banduan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam rusuhan di dua penjara di Ecuador, malam Rabu, kata Pejabat Peguam Negara pada Khamis.

Kejadian berlaku di penjara wilayah Guayas dan Cotopaxi, pasukan keselamatan dan pengawal penjara dibantu polis elit berjaya mengawal keadaan beberapa jam kemudian, menurut Xinhua.

Pejabat Peguam Negara menerusi akaun Twitter rasmi berkata, "pihaknya telah mengumpul bukti dan menjalankan siasatan terhadap kejadian rusuhan semalam (Rabu) di penjara Guayaquil (ibu kota wilayah Guayas), mengakibatkan lapan banduan terbunuh dan tiga anggota polis cedera."

"Sementara itu di penjara Cotopaxi, 13 mayat telah dihantar ke Pusat Forensik Ambato," tambah Pejabat Peguam Negara.

Polis tempatan menerusi Twitter berkata, pihaknya melakukan operasi bersama dengan unit pencegahan, penyiasatan dan perisikan bagi mengesan banduan yang lolos daripada penjara Cotopaxi, 61 berjaya ditahan semula.

Kejadian tersebut merupakan rusuhan penjara kedua terbesar di Amerika Selatan tahun ini, selepas yang pertama pada Februari, menyaksikan 79 banduan di tiga penjara maut manakala beberapa lagi cedera, termasuk pegawai polis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!