Ada cahaya di PRK DUN Semenyih: Redzuan

Mohd Redzuan Md Yusof
Mohd Redzuan Md Yusof
A
A
A
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof meramalkan PH mampu menang dalam PRK DUN Semenyih, Sabtu ini.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan analisis beliau sendiri.

“Saya punya analisa kalau sebelum ini saya rasa susah. Tapi pada hari ini ada memberi cahaya, saya rasa insya-ALLAH kita boleh lakukannya,” katanya dalam progam Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Program itu dikendalikan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaaffar.

PRK DUN Semenyih menyaksikan Bersatu pertama kali bertanding mewakili PH dengan mempertaruhkan calonnya, Muhammad Aiman Zainali.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara PH, BN, PSM dan calon Bebas.

Bagaimanapun, Mohd Redzuan memberi jawapan berbeza ketika ditanya sama ada PH mampu memang di PRK DUN Rantau.

“Rantau saya belum buat analisa. Ada banyak faktor. Nombor satu calon, kedua kita kena terus memberi maklumat kepada rakyat.

“Kita juga kena terus memperbetulkan kalau ada fitnah yang menyatakan yang itu, yang ini tak betul. Tetapi saya lebih kepada berkempen untuk memberitahu rakyat kita mahu buat perkara yang betul," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!