Kehidupan berubah 360 darjah: Calon BN

Zakaria bergambar di hadapan rumah penduduk ketika melakukan lawatan di Bandar Sunway Semenyih, petang tadi.
Zakaria bergambar di hadapan rumah penduduk ketika melakukan lawatan di Bandar Sunway Semenyih, petang tadi.
A
A
A

SEMENYIH - Semenjak namanya diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi, 58, mengakui kehidupannya kini berubah 360 darjah.

Menurutnya, beliau kini hanya tidur selama tiga ke empat jam sehari dan situasi tersebut merisaukan isterinya namun dia mtetap setia menyokong perjuangan suaminya.

Mujur, semua anaknya termasuk dua orang yang terlibat dalam bidang perubatan banyak memberikan nasihat malah membelikan makanan tambahan untuknya supaya kekal bertenaga sepanjang kempen.

“Tiada rahsia untuk kekal sihat cuma saya bersyukur anak-anak ada latar belakang perubatan sikit.

“Mereka banyak beli supplement (makanan tambahan) beri kepada saya, beri semangat juga,” katanya selepas melawat rumah penduduk di Bandar Sunway Semenyih, di sini, petang tadi.

Sementara itu, Zakaria menegaskan beliau tidak tertekan dengan kajian sebuah universiti tempatan mengatakan populariti PH kini mengatasi parti lain di Semenyih.

“Biarlah masing-masing punya kajian, tapi kita teruskan sajalah. Kita tak tahu kajian itu fokusnya di mana.

“Tidak mengapalah, semua pihak bebas buat kajian. Saya rasa kita terima dan kita tetap jalankan kempen.

Artikel Berkaitan:

“(Adakah tertekan kerana kajian itu?) Tiada, tiada, kita akan terus bergerak. Itu semua irama kempen sajalah. Tiada masalah,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!