Hampir 40,000 anggota polis, keluarga positif Covid-19 sejak Mac 2020

Hamzah (depan, kanan) bercakap pada sidang media serbuan Operasi Pematuhan SOP 3.0 Kawasan Perindustrian di Tapak Pembinaan Inspirasi Mont Kiara hari ini.
 -Foto Bernama
Hamzah (depan, kanan) bercakap pada sidang media serbuan Operasi Pematuhan SOP 3.0 Kawasan Perindustrian di Tapak Pembinaan Inspirasi Mont Kiara hari ini.
 -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir 40,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mereka positif Covid-19 hingga Khamis, sejak pandemik itu melanda negara Mac tahun lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, setakat ini sebanyak 452 kes membabitkan anggota PDRM dan keluarga mereka masih aktif dengan 2,339 orang anggota dan keluarga mereka masih menjalani perintah kuarantin.

“Jumlah keseluruhan anggota polis dan keluarga yang dirawat dan dikuarantin akibat Covid-19 adalah seramai 39,168 orang dan keadaan ini menunjukkan anggota PDRM turut menerima kesan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Bukit Kiara di sini dan Sungai Buloh, Selangor oada Jumaat dengan dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, masyarakat perlu membantu mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi PDRM dengan terus mematuhi SOP dan tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Beliau turut melahirkan kebimbangan kadar kes Covid-19 akan terus meningkat jika orang ramai tidak mematuhi arahan dan saranan dikeluarkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak itu.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi pemantauan SOP itu, Hamzah mahu pihak majikan memastikan pekerja mereka yang mempunyai dokumen sah supaya mendaftar segera untuk mendapatkan vaksin Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!