Sekatan jalan raya PKPD
Anggota polis dan tentera melakukan pemeriksaan ke atas pemandu kenderaan yang memasuki kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Tanjung Lumpur lewat petang hari ini. Lokaliti yang dikenakan PKPD membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kampadang, Sungai Soi dan Kampung Pahang.
Jumlah kenderaan yang melalui SJR itu kebiasaannya meningkat pada waktu puncak berikutan pergerakan sebahagian penduduk yang dibenarkan keluar bekerja di bawah sektor perkhidmatan penting untuk beroperasi.
PKPD dilaksanakn di lokaliti terbabit sejak 18 Julai bagi mengekang penularan Covid-19 berikutan peningkatan kes di daerah Kuantan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!