Langgar SOP, polis akan panggil ahli Parlimen bantu siasatan

No Image Caption
A
A
A

BATU PAHAT - Polis akan memanggil seorang ahli Parlimen yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya yang sedang makan bersama dua wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini baru-baru ini, tular melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, selain gambar itu, terdapat sekeping lagi gambar lain turut memaparkan ahli Parlimen berkenaan berada bersama seorang lelaki dan dua wanita tanpa memakai pelitup muka selain tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu, satu laporan polis diterima dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis akan memanggil ahli Parlimen berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau sehubungan, itu menasihatkan agar orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar dapat bersama-sama membantu membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!