Isteri Misbun meninggal dunia

Misbun bersama isterinya, Latifah.
Misbun bersama isterinya, Latifah.
A
A
A

LEGENDA badminton negara, Datuk Misbun Sidek kehilangan isterinya, Datin Latifah Sidek yang meninggal dunia sebentar tadi.

Berita itu disahkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Twitter sekitar pukul 9 malam, namun punca kematian tidak dimaklumkan.

"Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

"Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah," kata MSN menerusi ciapan Twitternya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziah dalam Twitter.

“Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Mohamad Norza.

Sebelum ini, Latifah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Misbun dan Latifah mendirikan rumah tangga pada 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!