Manchester United sambar khidmat Sancho
IMPIAN Ole Gunnar Solskjær mendapatkan khidmat pemain sayap England, Jadon Sancho dari Borussia Dortmund bagi memperkuatkan cabaran Manchester United menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya tercapai.
Pemain berusia 21 tahun itu akhirnya direkrut The Red Devils dengan kontrak lima tahun di Old Trafford hingga Jun 2026 dengan pilihan sambungan kontrak setahun pada Jumaat, namun bayaran perpindahan tidak didedahkan.
Bagaimanapun media tempatan melaporkan Manchester United membayar Borussia Dortmund £73 juta (RM424 juta) untuk mendapatkan khidmat Sancho.
Sementara itu, Sancho menyifatkan peluang beraksi untuk The Red Devils ibarat mimpi menjadi kenyataan buat pemain yang telah menimba pengalaman dari 2017 hingga 2021 bersama Borussia Dortmund dalam 104 penampilan dengan 38 gol.
"Sejujurnya saya sangat bertuah apabila Borussia Dortmund memberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama Die Borussen, walaupun saya sedar satu hari nanti akan kembali semula ke England," kata Sancho.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!