Benzema positif Covid-19

Karim Benzema -Foto: AFP
Karim Benzema -Foto: AFP
A
A
A

GERGASI La Liga, Real Madrid mengumumkan bahawa penyerang Los Blancos, Karim Benzema yang melakukan 383 penampilan dan menjaringkan 192 gol bersama kelab itu positif Covid-19.

"Kami mahu mengumumkan Karim Benzema didapati positif Covid-19," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Untuk rekod sebelum ini presiden kelab, Florentino Perez dan beberapa pemain Real Madrid seperti Raphael Varane, Nacho, Eden Hazard serta Dani Carjaval termasuk bekas kapten, Sergio Ramos dan bekas jurulatih, Zinedine Zidane pernah dijangkiti virus berkenaan.

Perkembangan terkini yang menimpa pemain yang baru mewakili Perancis pada saingan Euro 2020 lalu berlaku susulan peningkatan kes Covid-19 di beberapa negara termasuk Sepanyol.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!