Piala Florida: Pumas UNAM, Atletico Nacional ganti Arsenal, Inter Milan
KELAB Mexico, Pumas UNAM dan Atletico Nacional (Colombia) bersetuju untuk beraksi dalam saingan Piala Florida di Orlando Amerika Syarikat bagi menggantikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Inter Milan (Serie A) yang menarik diri daripada kejohanan berkenaan berikutan peningkatan kes Covid-19.
Sekali gus, jadual pertandingan kejohanan berkenaan kembali kepada format asal dan menyaksikan Everton bakal berdepan Pumas UNAM dan Millonarios berdepan Atletico Nacional pada 29 Julai.
Dengan penyertaan kedua-dua kelab berkenaan, saingan Piala Florida yang hampir ditangguhkan apabila hanya tinggal dua kelab iaitu kelab EPL, Everton dan Millonarios (Colombia) yang belum menarik diri dan mahu terus beraksi di kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, Pumas UNAM bakal berdepan Atlas pada aksi pembukan Liga MX pada Ahad, sebelum berlepas ke Orlando bagi berdepan Everton sebelum kembali ke Mexico bagi aksi berdepan Monterrey pada 1 Ogos depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!