Polis akan panggil Timbalan Speaker

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan memanggil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengambil keterangan berhubung gambar tular memaparkan beliau bersama isteri dan anaknya makan durian di sebuah inap desa, di Rengit, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu dalam masa terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung perkara itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akan panggil Mohd Rashid dan keluarganya dalam masa terdekat.

"Kes akan disiasat mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai perkembangan video tular makan durian beramai-ramai pada Jun lalu yang turut melibatkan Mohd Rashid, Ayob Khan berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar ke pejabat peguam negara pada 14 Julai lepas.

Sementara itu, Ayob Khan menegaskan polis tidak pernah mengamalkan 'double standard' ketika mengeluarkan kompaun terhadap golongan kenamaan (VIP) dan masyarakat biasa berhubung kes ketidakpatuhan SOP.

"Ada yang mendakwa PDRM terus mengeluarkan kompaun jika rakyat melakukan kesalahan SOP manakala golongan VIP pula akan membuka kertas siasatan dahulu. Jelas sekali persepsi ini salah. Kesalahan SOP menerusi pemantauan langsung dan lapangan memang akan dikeluarkan kompaun serta-merta.

"Ia berbeza dengan kes gambar atau video tular kerana polis tidak berada di lokasi ketika ia berlaku. Kes tular sama perlu dibuka kertas siasatan bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung gambar tular itu sama ada ia kejadian baharu atau lama serta gambar yang diubah (edit)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!