Riyadh banyak sedarkan saya: Hafiz Suip

FOTO: Instagram Hafiz Suip
FOTO: Instagram Hafiz Suip
A
A
A

KEHIDUPAN berumah tangga ternyata banyak merubah kehidupan penyanyi Hafiz Suip, 28.

Apatah lagi setelah bergelar bapa, pelantun lagu Matahari merasa diri lebih bertanggungjawab terhadap orang di sekelilingnya.

Mengakui sebelum ini agak nakal dan suka main-main, kini Hafiz mengakui semakin menghargai apa yang dimiliki terutamanya kehadiran cahaya mata pertamanya, Muhammad Riyadh Zafri, 10 bulan.

“Sebenarnya Riyadh inilah yang banyak menyedarkan dan membuka mata saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab kepada keluarga.

“Saya akui dulu ketika bujang, saya buat saja apa yang saya suka dan kadang-kadang tak fikir orang lain.

“Tapi sejak berkeluarga dan ada anak, barulah saya buka mata besar-besar. Tak boleh nak fikir pasal diri kita saja. Alhamdulillah sejak Riyad hadir, saya rasa lebih fokus dalam kehidupan berbanding dulu,” akuinya.

HAFIZ
HAFIZ

FOTO: Instagram Hafiz Suip

Tambah Hafiz lagi, dia juga kini banyak menghabiskan masa bersama anak di rumah sekiranya tidak mempunyai aktiviti seni di luar.

Artikel Berkaitan:

“Pada masa sekarang saya agak sibuk sikitlah dengan program Mentor 7, di mana hampir setiap hari ada aktiviti dengan protege saya dalam usaha untuk memastikan perjalanan mereka dalam program ini berjalan lancar.

“Jadi masa dengan anak di rumah itu terbatas sikitlah. Namun jika tiada apa-apa urusan kerja, saya memang lebih banyak menghabiskan masa di rumah melayan anak.

“Anak dah umur 10 bulan, makin aktif. Memang boleh kurus jugalah melayan karenahnya. Jadi saya kena sama-samalah dengan isteri jaga anak,” ujar Hafiz lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kaitan sakit tulang belakang: Hafiz Suip]