Ini caranya pesakit kurang mampu dapat peralatan

Mohd Rosli (empat, kiri) menunjukkan antara alatan keperluan yang diperlukan pesakit
Mohd Rosli (empat, kiri) menunjukkan antara alatan keperluan yang diperlukan pesakit
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pesakit kurang berkemampuan kini berpeluang memiliki keperluan dan peralatan kesihatan menerusi sumbangan yang disalurkan oleh pertubuhan prihatin, Yayasan Ikhlas.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, pesakit boleh membuat permohonan bagi peralatan sokongan yang diperlukan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) di hospital.

"Yayasan Ikhlas menjadi pengantara. Kita menerima sumbangan daripada penderma yang akan menyalurkan sumbangan itu kepada pihak hospital bagi membolehkan mereka melihat keperluan dan menjaga kebajikan pesakit.

"Ini adalah projek perintis bagi membantu pesakit mendapatkan peralatan selaras dengan usia penubuhan Yayasan Ikhlas yang kini telah mencecah satu dekad," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Sumbangan Alat Keperluan Pesakit Hospital dan Penyerahan Kit Bantuan ke Sekolah 2019 Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Turut disampaikan kit bantuan ke sekolah 2019 bernilai RM200 kepada 100 pesakit yang terdiri dalam kalangan murid dan pelajar sekolah yang berada di wad kanak-kanak HSNZ.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!