Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV

Keadaan lokasi kemalangan di KM10 Jalan Kuantan-Pekan yang meragut nyawa seorang penunggang pada Sabtu.
Keadaan lokasi kemalangan di KM10 Jalan Kuantan-Pekan yang meragut nyawa seorang penunggang pada Sabtu.
A
A
A

PEKAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 10, Jalan Pekan-Pekan dekat Peramu Jaya 3 di sini pada malam Sabtu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa, Ahmad Naseem Emir Muhamed Husaini, 18, dari Rumah Murah Peramu Jaya 2 di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu SUV jenis Nissan Xtrail bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu SUV dalam perjalanan dari Tanah Putih, Pekan menghala ke Pulau Tambun, Pekan untuk menghantar rakan pulang ke rumah.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaannya dilanggar motosikal mangsa dari arah belakang.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!