Perenang Chase Kalisz sumbang emas buat AS
PERENANG Chase Kalisz memberikan kilauan emas buat pasukan Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi acara 400m rampaian individu lelaki dengan catatan masa 4:09.42 saat.
Ia adalah emas pertama di kolam renang untuk pasukan AS di Sukan Olimpik Tokyo 2020, lapor Xinhua pada Ahad.
Rakan senegara, Jay Litherland merangkul perak (4:10.28 saat) manakala Brendon Smith dari Australia memperoleh gangsa hanya ketinggalan 0.1 saat di belakang Litherland. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!