Kenyataan Nazri bukan pendirian UMNO, BN

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung status sekolah vernakular di Malaysia adalah pendirian peribadi dan tidak mewakili UMNO dan BN.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, Mohamed Nazri sendiri telah mengambil tanggungjawab dengan membuat penjelasan bagi menerangkan maksud sebenar ucapan di Semenyih tersebut.

"Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak terutamanya dengan cara yang tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO dan BN," katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan saya disalahtafsir: Nazri

Menurut Mohamad, UMNO sangat menghormati dan memahami keperluan sekolah vernakular di Malaysia.

"UMNO berpendirian sekolah jenis ini perlu terus wujud di negara kita. Ini merupakan pendirian konsisten dan tegas UMNO dan BN yang selari dengan keperluan Malaysia," katanya.

Katanya lagi, UMNO dan BN sebagai sebuah parti politik sentiasa komited dalam mengiktiraf dan meraikan kepelbagaian bangsa dan etnik di Malaysia termasuklah hak untuk beragama dan mendapat pendidikan selayaknya.

"Inilah karakter dan ciri-ciri penting negara kita yang majmuk. Malah, persefahaman dan keupayaan meraikan kepelbagaian inilah yang telah menjadi kelebihan dan kekuatan UMNO dan BN selama ini.

Artikel Berkaitan:

"Semasa menguruskan kerajaan sebelum ini sekalipun, komitmen serta pendirian UMNO dan BN berhubung sekolah vernakular dapat dilihat dengan jelas sama ada dalam bentuk sokongan infrastruktur, pengiktirafan dan pemberian peruntukan yang diperlukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!