Mulut anjing dikelar ala Joker
SEOUL - KOREA SELATAN. Seekor anak anjing jenis Golden Retriever berjaya diselamatkan setelah ditemui dalam keadaan hampir mati di sebuah kawasan terbiar di Seoul.
Anjing diberi nama Bobby itu ditemukan dalam keadaan bahagian tepi mulutnya dikelar seperti watak Joker dalam filem Batman.
Kaki hadapannya turut patah, manakala kukunya pula hancur menyebabkan anak anjing berusia enam bulan itu mengalami kesukaran untuk berjalan.
Menurut mereka yang menemui Bobby, kaki anak anjing itu juga seolah-olah sengaja dibakar berikutan kesan luka yang kelihatan.
"Terdapat banyak kesan dera pada badan Bobby, dan ia memerlukan masa untuk kembali sembuh," kata jurucakap persatuan kebajikan haiwan We Love Dogs, yang membiayai rawatan Bobby.
Menurut persatuan terbabit, mereka kini sedang cuba menjejaki individu yang bertanggungjawab mencederakan Bobby. - Dailymail
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!