Zii Jia cerahkan peluang ke suku akhir

 Zii Jia berpeluang ke suku akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah menewaskan pemain Ukraine Pochtarov Artem, 21-5, 21-11 dalam saingan Kumpulan M, petang tadi.
Zii Jia berpeluang ke suku akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah menewaskan pemain Ukraine Pochtarov Artem, 21-5, 21-11 dalam saingan Kumpulan M, petang tadi.
A
A
A

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia mencerahkan peluang ke suku akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah menewaskan pemain Ukraine Pochtarov Artem, 21-5, 21-11 dalam saingan Kumpulan M, di Plaza Sukan Musashino, petang tadi.

Zii Jia yang juga pemain ranking ke lapan dunia ketika ini, dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan Pochtarov, pemain ranking ke-32 dunia, 21–5 pada set pertama dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, Pochtarov dilihat mulai bangkit bagi memberikan tentangan kepada Zii Jia pada set kedua, namun Zii Jia dilihat menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya bagi menewaskan pemain Ukraine itu 21-11 dalam tempoh 17 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!