Cabaran beregu wanita berakhir

Aksi pemain badminton beregu wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean (kanan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza, Tokyo, hari ini. - Foto Bernama
Aksi pemain badminton beregu wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean (kanan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza, Tokyo, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BURUAN pingat dalam acara beregu wanita pada Sukan Olimplik Tokyo 2020 berakhir apabila gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tewas 21-17, 15-218-21 kepada beregu Jepun yang juga gandingan nombor satu dunia ketika ini, Fukushima Yuki-Hirota Sayaka pada aksi Kumpulan A di Plaza Sukan Musashino pada Ahad.

Bagaimanapun, Mei Kuan-Meng Yean yang juga beregu ranking ke-11 dunia ketika ini, berjaya mengejutkan Fukushima-Hirota dengan kemenangan 21-17 dalam tempoh 30 minit.

Namun, set kedua menyaksikan kebangkitan gandingan Fukushima-Hirota bagi mencatatkan kemenangan 15-21 dalam tempoh 31 minit.

Fukushima dan Hirota kemudianya memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang dimiliki pada set penentuan bagi mencatatkan kemenangan 21-8 dalam tempoh 18 minit.

Terdahulu, Mei Kuan-Meng Yean tewas pada aksi pertama Kumpulan A kepada gandingan Indonesia, Polii Greysia-Rahayu Apriyani, 14-21, 17-21 pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!