Jinq En lebur rekod sendiri

Jing En gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 100m kuak dada.
Jing En gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 100m kuak dada.
A
A
A

PERENANG wanita negara, Phee Jinq En memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada aksi saringan kedua pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jinq En menamatkan aksi saringan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu di tempat kedua apabila merakamkan catatan masa 1 minit 08.40 saat (s).

Catatan itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang dilakukannya sebelum ini iaitu pada Sukan SEA 2019 di Filipina dengan catatan masa 1:08.50s.

Bagaimanapun, catatan tersebut masih belum cukup untuk membolehkan perenang yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sejak lima tahun lalu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Dia yang membuat penampilan kedua di pentas Olimpik selepas edisi Rio 2016 terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga ke-29 keseluruhan daripada 49 perenang yang bertanding.

Untuk rekod, hanya 15 perenang terbaik layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, perenang lelaki negara, Welson Sim turut gagal ke separuh akhir apabila sekadar menamatkan saringan acara renang 200m gaya bebas lelaki pada kedudukan ketujuh dengan catatan masa 1:49.24s.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!