Poll Sinar Harian: Mekanisme pembayaran tol mampu kurang kos sara hidup

Poll Sinar Harian, mekanisme baharu pembayaran tol mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat
Poll Sinar Harian, mekanisme baharu pembayaran tol mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat
A
A
A

KERAJAAN bakal memperkenalkan mekanisme baharu pembayaran tol. Sinar Harian melalui Facebooknya telah membuat undian kepada pelayar-pelayar adakah langkah kerajaan memperkenalkan mekanisme baharu pembayaran tol mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama pengguna tegar lebuh raya terbabit?.

Melalui undian yang dibuat itu, 19 peratus setuju manakala 81 peratus tidak bersetuju.

Antaranya Mohd Safrizal berpendapat, mekanisme baharu yang akan diperkenalkan itu hanyalah ditukar nama sahaja dan tidak mendapat manfaat.

"Kadar 'congestion charge' tetap sama dengan kadar tol semasa. Ia seperti mengubah nama. Pada waktu puncaklah ramai menggunakan lebuhraya bandar. Turunkan kadar ini barulah dpt mengurangkan beban," katanya.

Mohd Zul Fadhli pula berkata, mekanisme yang diperkenalkan itu hanya menguntungkan syarikat-syarikat pengangkutan yang sememannya beroperasi pada malam hari.

"Ramai yang tak bersetuju sebab kebanyakan lori sahaja yang lalu pukul 11 malam hingga 5 pagi... Ini lebih menguntungkan syarikat besar berbanding rakyat," tulisnya.

Perkara itu turut disokong oleh Humaira Shaa, kadar tol percuma yang bakal diperkenalkan dari 11 malam hingga 5 pagi hanya dinikmati syarikat pengangkutan.

"Tol percuma dari 11 malam hingga 5 pagi, siapa pengguna paling ramai sudah tentu syarikat pengangkutan lori, bas dan kontena. Yang untung syarikt lori dan bas... kena pada masanya," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Firdaus Abdullah pula bertanya, kurangkan kos sara hidup macamana kalau waktu puncak masih kena bayar tol?.

"Itulah masanya rakyat paling ramai guna jalan pergi dan balik kerja," tulisnya.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan mekanisme baru yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan itu, ada juga yang memandang positif dengan langkah diambil itu.

Antaranya, Nor Amira yang berpendapat,langkah yang diperkenalkan itu mengembalikan fungsi asal tol.

"Lebuhraya adalah pilihan kepada orang yang sanggup bayar untuk perjalanan yang pantas. Sebelum ini, orang yang membayar pun sudah hilang kelebihan perjalanan yang lancar ini. Sebab semua pun guna.

"Mekanisme terbaru ini mengembalikan fungsi asal, iaitu siapa yang nak cepat waktu biasa, bayar. Jika sebaliknya, tolong bergerak waktu malam supaya tak mengganggu orang lain yang lebih memerlukan. Ganjarannya tol percuma," tulisnya.

Bagi Saiffudin Safiee yang turut menyokong langkah yang diambil oleh kerajaan dan dia berpendapat ia merupakan satu permulaan.

"Terbaik PH... Satu langkah pemulaan yang baik... Lama-lama terhapuskan semuanya... Bagi puak-puak yang tidak bersyukur itu... kalau tak bayar tol, pindah ke bulan atau tinggal ke matahari... Faham," tulisnya.

Manakala Luqman Alazhad turut meminta supaya rakyat lebih berfikiran positif dengan apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan dan turut meminta rakyat supaya bersyukur.

"Berfikirin positiflah tuan-tuan semua. Dan sentiasa bersyukur barulah yang sedikit pun cukup. Sekurang kurangnya ada sebilangan penduduk dari lembah Klang terkesan juga dengan mekanisme pembayaran tol ini secara berperingkat.

"InsyaALLAH, akan diperhatikan kerajaan tol di tempat dan kawasan lain untuk dilakukan mekanisme yang sama. Media tolonglah bagi kesedaran kepada rakyat supaya bersyukur, kerana itu yang di ajar oleh Islam," tulisnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!