Adam Peaty menang emas 100m kuak lentang
JUARA Olimpik Rio, Adam Peaty dari Great Britain mempertahankan gelarannya di kolam renang selepas mendahului dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki pada Isnin dengan catatan masa 57.37 saat.
Perak dimenangi Arno Kamminga dari Belanda yang ketinggalan 0.63 saat di belakang juara dunia tiga kali itu, lapor Xinhua.
Sementara Micolo Martinenghi dari Itali meraih gangsa dengan catatan 58.33 saat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!