Tiada had kehadiran ahli Parlimen di Dewan Rakyat

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kehadiran ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang mula bersidang pada Isnin tidak dihadkan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun mengesyorkan agar semua ketua parti dapat membuat penggiliran kehadiran ahli Parlimen mereka setiap sejam.

Jelasnya, syor itu dibuat susulan terdapat kes Covid-19 dikesan melibatkan kakitangan Parlimen dan juga ahli Parlimen.

"Pada masa itu (ketika keputusan tiada had kehadiran dibuat) keputusan saringan Covid-19 di Parlimen yang dibuat pada Rabu dan Jumaat belum diketahui.

"Selepas keputusan itu diketahui semalam (Ahad), maka saya telah memanggil mesyuarat penyelarasan pagi tadi untuk meminta pandangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang keadaan Covid-19 dan pandangan beliau tentang bagaimana (untuk) bermesyuarat pada sidang kali ini.

"Saya masih menunggu persetujuan daripada pihak sebelah sini (kerajaan) mengenai perkara itu seperti yang dicadangkan tadi. Pada masa ini, keputusan Jawatankuasa Dewan Jumaat lepas masih kuat kuasa," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Azhar Azizan turut mengingatkan semua ahli Parlimen sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di dalam dewan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!