Belanjawan 2022 dibentang 29 Oktober ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain akan diperincikan kerajaan ketika pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2022.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, RMK12 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September ini manakala Belanjawan 2022 pada 29 Oktober depan.

“Saya juga ingin maklumkan, Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan atau 'Recovery, Resilience, Reform'.

“Sehubungan ini, tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan menteri-menteri pada sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan juga buat pertama kalinya akan menerbitkan kenyataan Pra-Belanjawan termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos nanti.

Kata beliau, ia selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan proses serta penglibatan rakyat dalam penyediaan belanjawan tahunan.

“Selain itu, sebagai elemen utama penyampaian maklumat mengenai pelaksanaan PPN kepada masyarakat awam, sebuah Portal Pelan Pemulihan Negara dibangunkan sebagai pusat rujukan sehenti.

Artikel Berkaitan:

"Portal berkenaan memaparkan indikator terkini serta maklumat berkaitan PPN, manfaat dan prosedur operasi standard (SOP) terkini dengan cara yang lebih mesra pengguna,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!