Olimpik Tokyo: Muhyiddin doa kejayaan kontinjen Malaysia


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan kejayaan dan keselamatan kontinjen negara yang kini sedang berjuang di temasya Sukan Olimpik Tokyo.

Mengambil kesempatan ketika memberi penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin, beliau berharap kontinjen negara dapat melakar sejarah kejayaan.

"Semoga misi 64 barisan atlet, jurulatih dan petugas yang dipimpin oleh Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen, dapat melakar sejarah kejayaan cemerlang buat negara kita dalam temasya Sukan Olimpik kali ini,” katanya.

Seramai 30 atlet Malaysia bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Temasya sukan terbesar dunia, yang memasuki hari keempat hari ini antara lain menyaksikan aksi empat wakil negara dalam acara badminton iaitu pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Selain itu, acara pelayaran akan menyaksikan Khairulnizam Mohd Afendy yang akan bersaing dalam acara Laser Standard Lelaki dan Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara Laser Radial Wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!