'Mahu Rina lebih prihatin bantuan susu, lampin pakai buang'

Hannah (kanan) bersama Wanita DAP Kuala Lumpur menyampaikan bantuan susu dan lampin pakai buang di Kampung Datuk Keramat
Hannah (kanan) bersama Wanita DAP Kuala Lumpur menyampaikan bantuan susu dan lampin pakai buang di Kampung Datuk Keramat
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun disaran harus lebih prihatin terhadap keperluan bantuan susu formula dan lampin pakai buang kepada sesebuah institusi keluarga yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, adalah tidak wajar sekiranya Rina hanya menumpukan kepada bantuan bakul makanan kering sebaliknya keperluan susu dan lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak.

"Ia dilihat daripada jumlah permohonan diterima melalui inisiatif Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang mahu memberikan sumbangan susu dan lampin pakai buang kepada kanak-kanak di Seremban. Hanya dalam tempoh 12 jam selepas permohonan bantuan susu dan lampin pakai buang dibuka, beliau menerima 1,308 permohonan dari seluruh negara.

"Saya menyahut seruan tersebut dan menyokong usaha murni ini dengan membelikan susu dan lampin pakai buang untk membantu keluarga terkesan di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, agihan sumbangan susu dan lampin pakai buang di kawasan terbabit dibantu oleh Wanita DAP Kuala Lumpur.

"Saya juga hadir bersama-sama bagi menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu dan kanak-kanak yang terkesan di Kampung Datuk Keramat, Titiwangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!