Iran haramkan akhbar keluar artikel lawatan Assad

Gambar pertemuan pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei (kanan) dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Tehran pada 25 Februari.
Gambar pertemuan pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei (kanan) dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Tehran pada 25 Februari.
A
A
A

TEHERAN - IRAN. Iran semalam mengharamkan akhbar reformis Ghanoon untuk menerbitkan artikel mengenai pertemuan dan lawatan antara pemimpin tertinggi Iran dengan Presiden Syria Bashar al-Assad, lapor agensi berita ISNA.

“Akhbar Ghanoon menerima makluman dan penerbitannya dihentikan kerana tajuk utama pada Selasa,” kata ISNA.

Perintah yang menyatakan Ghanoon akan “diharamkan sementara” dihantar kepada pengurusan akhbar, tanpa mengatakan berapa lama tempoh pengharaman.

Assad bertemu pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Hassan Rouhani pada Isnin semasa lawatan mengejut ke republik Islam, yang pertama kali sejak permulaan konflik Syria.

Agensi berita itu tidak menghuraikan artikel tentang mesyuarat mereka, tetapi versi dalam talian bertajuk “Tetamu Tidak Diundang”.

Ghanoon juga menerbitkan gambar muka depan Assad dan pemimpin tertinggi saling berpelukan.

Penerbitan reformis itu pernah diharamkan dua kali sebelum ini.

Satu daripadanya susulan karikatur yang dianggap menyinggung pertubuhan kerajaan, dan satu lagi adalah disebabkan laporannya mengenai penjara Iran yang bertajuk “24 Hours Damned”, menurut agensi berita Tasnim. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!