Kes Covid-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada 148
TOKYO - Jumlah kes Covid-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada 148, kata jawatankuasa penganjur pada Isnin.
Menurut jawatankuasa itu, 15 diuji positif termasuk tiga atlet warga asing, menurut Agensi Berita Anadolu.
Atlet berkenaan tidak tinggal di perkampungan Olimpik di Harumi, sebuah pulau buatan manusia di Tokyo Bay.
Mereka yang dijangkiti virus itu akan segera dikuarantin. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!