Polis buka kertas siasatan kes protes doktor kontrak di HKL

Mohamad Zainal
Mohamad Zainal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung protes yang diadakan sekumpulan doktor kontrak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua individu yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam siasatan kes itu.

"Mereka yang terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat. Dilihat tindakan mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya pada Isnin.

Protes doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Protes doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Tegas beliau, tiada sesiapa dibenarkan berhimpun dalam tempoh PKP berdasarkan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohamad Zainal, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 21(a) Akta 342 dan Peraturan 17 Akta 342 kerana melanggar SOP yang boleh dikenakan kompaun.

Pada Isnin, seramai kira-kira 50 pegawai perubatan kontrak berkumpul di HKL dengan memegang pelakat tertera perkataan Hartal Doktor Kontrak, pakar perubatan masa depan dan beberapa perkataan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kontrak mogok, tuntut dua perkara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!