KKM sedia peranti ujian kendiri kepada ahli Parlimen, pegawai

Sidang khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Sidang khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19 kepada semua ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Menerusi pemakluman pada sesi perbahasan pada Isnin, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, selain ahli Parlimen, kemudahan itu turut diberikan kepada pegawai-pegawai serta semua yang hadir pada persidangan itu.

“Terima kasih saya rakamkan kepada Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya.

Mohd Rashid berkata, mereka yang ingin membuat ujian itu perlu menghubungi klinik Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!