Momiji Nishiya juara termuda Olimpik Tokyo

Atlet muda Jepun, Momiji Nishiya lakar sejarah tersendiri menang pingat emas acara papan selaju. - Foto Reuters
Atlet muda Jepun, Momiji Nishiya lakar sejarah tersendiri menang pingat emas acara papan selaju. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Atlet wanita papan selaju (skateboard) Jepun berusia 13 tahun, Momiji Nishiya melakar sejarah tersendiri selepas memenangi emas di Olimpik Tokyo pada Isnin, lapor Xinhua.

Pemain remaja itu memperoleh 15.26 mata di pentas final sekali gus menjadikannya juara Olimpik termuda Jepun.

Atlet papan selaju Jepun telah memenangi kedua-dua pingat emas yang menyaksikan Yuto Horigome mendominasi kategori lelaki, pada Sabtu.

Rayssa Leal, 13, dari Brazil meraih perak dengan 14.64 mata dan Funa Nakayama menambah pungutan gangsa untuk pasukan Jepun, selepas ketinggalan hanya 0.15 mata di belakang Leal.

Zeng Wenhui, 16, dari China menduduki tempat keenam.

Pemain nombor satu dunia Pamela Rosa dari Brazil tersingkir pada pusingan kelayakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!