Brendan Gan hidap kanser testis

Hantaran mengenai keadaan kesihatan Brendan Gan dikongsi di laman sosial Selangor FC.
Hantaran mengenai keadaan kesihatan Brendan Gan dikongsi di laman sosial Selangor FC.
A
A
A

KAPTEN Selangor FC dan pemain Harimau Malaya, Brendan Gan disahkan menghidap kanser testis dan kini berada dalam pemantauan pakar perubatan.

Selangor FC memaklumkan pemain berdarah kacukan berusia 33 tahun itu telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut baru-baru ini.

"Walau diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.

"Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan," menurut skuad Gergasi Merah itu menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasmi mereka pada Isnin.

Selangor FC turut memohon semua penyokong untuk mendoakan terbaik buat pemain yang pernah beraksi bersama pasukan liga profesional Australia, Sydney FC.

Kali terakhir Brendan beraksi secara kompetitif adalah ketika membantu skuad Harimau Malaya mengharungi cabaran pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan lepas.

Namanya turut tidak berada dalam senarai pemain skuad Selangor FC yang turun berdepan Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super yang kembali berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!