Kemuka pasport tamat tempoh, lelaki Indonesia ditahan
SANDAKAN - Seorang lelaki warga Indonesia yang sedang memukat ikat diperairan Pulau Berhala, Sandakan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek berusia 41 tahun ditahan ketika bersendirian memukat ikan menggunakan bot jongkong didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri telah tamat tempoh.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bot ronda dari PPM Sandakan yang menjalankan Op Pensura kemudiannya memeriksa bot dinaiki lelaki terbabit.
“Sebaik diperiksa, lelaki itu mengemukakan pasport yang sudah tamat tempoh sebelum ditahan.
“Barangan suspek iaitu bot jongkong, enjin sangkut jenis Yamaha 15 kuasa kuda dan pukat hanyut dianggarkan bernilai RM11,980 turut dirampas dan di bawa ke Markas PPM Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Pajeri berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!